Powered By Blogger

Thursday, 25 August 2011

Ramadhan aku tanpa ayah


“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya”.

Semoga aku tergolong dalam golongan anak yang soleh yang dapat mendoakan ayah di alam sana. Semoga roh ayah dicucuri rahmat, semoga ayah ditempatkan didalam golongan-golongan  yang soleh dan beriman. Aku rindu ayah....

Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan pertama tanpa ayah... Rasa sebak bila melihat kerusi tempat duduk ayah di meja makan. Terbayang-bayang lagi ayah duduk disitu sewaktu berbuka puasa dulu. Teringat telatah ayah menyusun sudu ke dalam pinggang lauk dan mengambil kuih muih letak ke dalam piring...  Semua itu masih segar dalam fikiran aku... 


(ni bukan meja makan kat rumah aku, sebab tak ada gambar meja makan kat rumah dalam simpanan, so aku letak ja gambar ni dulu)
 

Makanan kegemaran ayah semasa bulan puasa adalah Bubur lambuk yang mak masak... Ayah sangat suka kalau mak masak bubur lambuk, dia boleh makan bubur tu berulang kali, semasa berbuka, selepas balik terawih dan waktu sahur...  Setiap kali ramadhan mak akan masak bubur lambuk sekurang-kurangnya sekali... biasanya apabila kami 7 beradik balik berbuka puasa di rumah ayah dan mak... maklumlah kakak-kakak aku masing-masing dah ada rumah sendiri. Aku dan abang duduk jauh merantau. Sangat meriah bila semua berkumpul untuk berbuka puasa dan bertambah meriah lagi apabila menu utama adalah bubur lambuk... Tapi tahun ni mak belum masak sekali pun lagi bubur lambuk. Mungkin kerana ayah dah tak ada, tak ada permintaan nak makan bubur tu lagi, dan juga mungkin sebab kami 7 beradik masih belum sempat balik berkumpul untuk buka puasa sama-sama kat rumah mak...Kesian mak kan.... Dia sunyi ayah tak ada... 

 (ni bukan bubur lambuk yang mak aku masak, nanti bila dah ada gambar bubur yang original aku letak)


Mungkinkah tradisi makan bubur labuk semasa bulan puasa dalam keluarga kami ni akan hilang...???  Hari ni dah masuk Ramadhan ke 25. Tinggal beberapa hari ja lagi nak raya... Entah sempat ke tak kami nak makan bubur lambuk... Insyallah aku balik kampung esok, bila kami adik beradik semua berkumpul untuk buka puasa sama-sama, aku nak masak bubur lambuk... Mungkin boleh mengimbau saat-saat masa ayah ada dulu.... rindu ayah...

1 comment:

Earth Scape said...

Thanks to GOD sebab dapat juaga buat bubur lambok... Sedappp.... Yang paling banyak makan adik aku, ema..ntah brapa kali ntah dia makan..sampai ke tengah malam pun dia duk p dapur makan bubur lambok.... Thanks to my makcik coz bagi sayur untuk kami masak..kebetulan masa balik kampung, aku ngan kakak singgah rumah makcik kami, kebetulan dia tengah siang sayur untuk masak bubur lambok..so dia bagi sikit sayur kat kami... Esoknya dapat la kami merasa makan bubur lambok yang mak masak...bestttt sangat...(sayur yang kami guna adalah daun-daun kayu atau sayur kampung, macam kami duduk kat bandar susah nak dapat)....