Powered By Blogger

Saturday 17 December 2011

My new roommate....Mr Turtle....

I just get my new roommate today.... Actually masa ke mid valley tadi, niat asal beli bekas kaca untuk tanam bunga dalam bilik... Suddenly saja gatal-gatal kaki singgah kat pet world nak tengok binatang kat situ...Tetiba ternampak turtle dalam aquarium... Nampak comel dan seronok pulak... Zaaaapppp terlintas dalam kepala nak bela turtle tu dalam bekas kaca yang dibeli tadi... Apa lagi tak pasal-pasal dapat kawan berbual baru dalam bilik nanti...Hehe at least ada la pendengar setia dan teman nak berborak nanti.... Tak sabar nak tengok turtle ni membesar...

Now do some research on how to take care of turtle.... Wish he grown up faster and healthy.... 



After came back from Mid Valley, went to University Malaya Lake, find some beautiful rock to decorate my Mr Turtle new home... Wish he going to like it...
Look so shy...First day maybe...U going to get used with me latter...hehehe...

Wednesday 30 November 2011

L.I.F.E ' s too S.H.O.R.T ! ! !














Life is too short to wake up with regrets...

So love the people who treat you right...

Forget about the one who don't...

Believe everything happens for a reason...

If you get a second chance, grab it with both hands...

If it changes your life, let it...

Nobody said life would be easy...

They just promised it would be worth it...

Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah....

Hijrah itu pengorbanan...

Hijrah itu perjuangan...

Hijrah membentuk perpaduan....

Apa azam korang untuk tahun baru ni...???

Haaaa...  Tahun ni, diri ni sangat berharap untuk jadi lebih baik dari hari semalam... Tak kira la dalam apa jua bentuk pon, bulat ke, petak ke, bujur ke...Yang penting be more better than yesterday... Ya la, kita manusia kan kena la jadi lebih baik, sentiasa memperbaiki diri...Kena ingat kita ni manusia yang lemah ja...Walaupun korang ada pangkat, kerja baik tahap dewa, ijazah bergulung-gulung.. Tapi tu belum menjamin korang tu dah menjadi manusia yang sempurna, dan belum tentu korang dah menjadi hamba yang cukup baik diisi Allah... So sama-sama la kita berhijrah untuk menjadi lebih baih dari hari semalam ya....

SALAM MAAL HIJRAH untuk semua...

Friday 25 November 2011

Akibat Suke Berangan...

Ni nak cerita pasal seorang budak ...Ermmm...budak lagi ke...umur dia dah dekat suku abad kot... Dia ni sangat la suke berangan, terutamanya apabila dia letih akibat kerja-kerja opis yang memaksa dia memerah otak dan tenaga (macam buruh binaan pula kan)... So keletihan yang tak seberapa tu menyebabkan otak dia melayang-layang la kot....Duk berangan jadi puteri kayangan...hahaha...

Okeyh, akibat suke berangan ni, hari ni merupakan kali ke tiga dalam sejarah dia terlepas stesen keretapi untuk balik kerumah dia...Sebabnya tiap-tiap kali naik train, dia akan dengar lagu dari MP4 pinky dia tu dengan volume sekuat halilintar yang boleh memecahkan gegendang telinga dia... So memang sah la dia tak akan dengar announcement bila train sampai di setiap stesen tu... Punya la melayan lagu sampai tak ingat dunia..Apa tak nya, bila masuk train, dia akan melayang lagu dengan syoknya sambil duk berangan toleh kiri, toleh kanan, tengok atas, tengok bawah dengan muka yang slumber tanpa perasaan...

Kali pertama terlepas train, dia wat bodoh ja, train gerak sampai stesen akhir Kelana Jaya dan patah balik semula ke stesen dekat rumah dia. Tapi sebab masa tu dia bosan gamaknya...Dia wat bodo ja dalam train tu sampai la train tu gerak ke last stesen kat Gombak...Pastu patah balik ke rumah dia..Baru la dia turun...Haha apa la masalah budak ni...Memang tak ada kerja tapi cari kerja.....

Kali kedua terlepas train masa dia nak ke stesen bas kat Jalan Pekeliling, akibat penat baru balik dari office dan berkejar-kejar nak naik bas balik Pahang, dia mengelamun dan terlepas satu stesen ke Sentul...Terbaik la... Nasib baik masa banyak g..Kalau tak bas pon boleh terlepas...Baru la kena ngan perpatah 'Sudah Jatuh di Timpa Tangga"...

Kali ketiga terlepas train, ni dimaafkan, dia penat sangat baru balik kerja...So otak tak berapa nak stabil sebab oksigen dah kurang kot...Dah sampai kat stesen umah dia pun dia tak sedar... Bila train dah gerak ke stesen seterusya baru dia tersedar dari khayalan dia tu...pastu cepat-cepat tukar train di stesen seterusnya untuk balik ke rumah...

Sabar ja la ngan budak ni.... Belum jadi menteri lagi dah duk mengelamun macam fikir masalah negara.... Hehe sama-sama la kita doakan budak yang banyak berfikir ni cepat-cepat sedar dari lamunanya..Hehehe...

** Actually this girl think to much because have lot of things playing around her mind.... What to do next, When wanna do this...How to do that.... Good luck for this girl... Wish u all the best...May God bless u....**

Thursday 10 November 2011

11.11.11 ; Surprise Birthday Cake to My Friends....

11.11.11, hari ni birthday kawan dari zaman sekolah, universiti dan sekarang menjadi kawan kat office... Panjang betul persahabatan kitaorang ni kan... Masa zaman-zaman sekolah dulu kami ni satu geng...Kawan kamcing la gitu (termasuk la dengan Man, Nard, Ecah, Dill dan Azilah)...Bila masuk universiti kitaorang sama bidang, Senibina, sama kelas dan sama hostel..cuma tak tinggal sebilik ja... Bila praktikal untuk degree, kitaorang pun buat latihan amali kat sama firm...Dan sekarang, bila dah kerja, ajak dia sekali datang KL, kerja kat firm yang sama...Hehehe...Ala-ala tak boleh berpisah gitu...Sama tapi tak serupa...

Pagi ni, datang office buat-buat tak ingat hari ni birthday dia, lunch nanti nak beli hadiah kek untuk Lina dan Kak June, sebab birtday Kak June pun bulan ni gak, last week... Nak celebrate sekali dengan Lina... (hehe padahal memang diri ni adalah jenis pelupa tarikh-tarikh birthday orang..kadang-kadang birthday sendiri pun lupa...nasib baik tak da pakwe, kalau tak makan hati la kome...heheheh)....Jangan kecil hati ya Lina, bukan lupa nak wish, saja buat-buat lupa....hehehehe 


H.A.P.P.Y  B.I.R.T.H.D.A.Y  T.O  B.O.T.H  O.F  YOU

Beli dua slice ja kek..Satu untuk Lina dan satu untuk Kak June...Memandangkan kami dalam usaha untuk diet dan mengecilkan badan..X boleh makan kek banyak-banyak...

 Before keluar lunch tipu sunat kat Lina dengan Kak June, kata nak ke bank..padahal berlari-lari anak ke Sogo beli kek... Hehehe....Nasib baik diaorang plan nak makan kat Maju Junction...

Jaguh Kampung VS Master Chef....

Kita tengok siapa yang handal memasak...Adik ke kakak..Hehe kakak mewakili peserta Jaguh Kampung (hehehe ala-ala gadis melayu terakhir gitu) dan adik mewakili Master Chef (*modern habis la tu konon).... Walaupun realitinya kakak memang masak best dan terbaik..still nak kasi can adik memasak..

Dalam pertandingan secara tak sengaja ni si kakak memasak menu seperiuk sup daging untuk tetamu open house semperna Jamuan Raya Haji.... (padahal segala rempah ratus mak dah letak dalam periuk tu...)hehehe

Manakala si adik berbaju merah dot dot dot tu masak***eh potong agar-agar aja kot..hehehe  untuk dihidangkan kepada tetamu....hehehehe....

Setelah diadili dengan adil dan saksama, dua-dua peserta dibatalkan dari pertandingan sebab main masak secara tak aci...dua-dua ciplak masakan orang...hahahahha

Wednesday 2 November 2011

Sikap Yang Perlu Diatasi...

1. Think to much




Ramai orang kata diri ni suke berfikir banyak sebelum bertindak...Apa kesan positif dan negatif bila buat itu ini...Baik ke buruk hasilnya...Last-last suatu tindakan jadi terlalu rigid dan skema.. Ok, pada diri ni, baik fikir banyak dan bertindak daripada cakap banyak tapi tak buat apa2...hehehehe.... Apa pun banyak kesan negatif sebenarnya bila terlalu banyak berfikir dan apabila fikiran mengatasi hati dan perasaan ni... So sekali sekala kena bertindak ikut perasaan dan hati juga, sebab hati dan perasaan tak pernah menipu... Sebab bila terlalu banyak berfikir untuk bertindak ni, boleh menimbulkan tekanan dan boleh menimbulkan ketidak puasan pada hati dan diri sendiri selepas suatu tindakan walaupun apa yang dilakukan itu positif hasilnya...Puncanya sebab hati dan perasaan diketepikan dan tidak terlibat sama dalam suatu keputusan...So apa yang diri ni patut buat adalah seimbangkan antara fikiran, hati dan perasaan...Okeyh...

2. Lambat Marah dan terlebih sabar


Sifar sabar yang ada pada diri ni 2 3 4 5 kali ganda berbanding pada diri orang lain...Itu satu kurniaan dan memang rasa bersyukur sangat..Sebabnya bila dilanda musibah atau masalah, diri ni still boleh belagak cool dan relax ja nak setelkan masalah tu... Tapi ada kesan buruknya juga.. Sebagai contoh, orang mula la nak pijak-pijak kepala..Maklum la sifat manusia ni memang suka mengambil peluang atas kebaikan orang lain... Dan kelemahan kedua bila ada sifat lambat marah dalam diri ni, api kemarahan yang terpendam dalam diri boleh meletup bila-bila masa saja...Kadang-kadang isu kecil boleh meletuskan kemarahan sebabnya lava yang terkumpul dalam dada ni tak sabar-sabar nak meletus...So malang lah bagi insan-insan yang membuat silap kecil tu bila dimarah dan dimaki hamun tak setimpal dengan kesalah diri...Hehe nasib badan la... Diri ni dah lama sabar, so bila kesabaran dah di takat hidung tu, meletup jua la akhirnya... Moral value adalah, kita kena la hormati orang, kebaikan dibalas kebaikan, jangan dipijak-pijak dan ambil kesempatan atas kebaikan orang.... So apa yang diri ni perlu buat adalah, be serius, dont be to nice...Hehe sekarang dah mula desas desus kata diri ni garang la, dah over confident la sebab pantang orang salah cakap sikit terus kena pangkah terutamanya bagi mereka yang dah terbiasa dengan kebaikan diri ni...Hehe nasib la korang...Masa dilayan baik tak tau bersyukur... Orang da banyak benda nak kena fikir skang, tak da masa nak be nice lebih-lebih ok.... Lain kali hormatilah orang supaya orang menghormati  kita, hargailah orang supaya orang menghargai kita ok....Tapi mengikut kajian pada diri sendiri, nak tengok kemarahan sendiri meletus setahun sekali pun susah...hahahaha....

3. Sensitif

Perasaan sensitif tu perkara normal bagi manusia terutamanya yang bergelar perempuan la kan... Sama la dengan diri ni.. Sangat lah sensitif, simple thing can touch my heart ok..Benda yang paling diri ni sensitif adalah bila orang meninggi suara...Opah pantang betul orang tinggi-tinggi suara... Rasa nak nagis ja...hahaha x malu da tua bangka nak nangis-nangis lagi... Kadang-kadang orang tak marah pun, tapi nada suara dan mimik muka tu nampak masam mencuka da buat diri ni cuak dan terasa macam dimarah... So, langkah mengatasi perasaan yang amat sensitif ni adalah buat-buat tak ada hati dan perasaan... Buat-buat tak faham apa orang kata dan kononya tak terlibat sama dengan situasi yang berlaku... Kira heartless dan buat-buat bodoh ja la... Tapi lama2 jadi bebal gak la kalau diamalkan selalu..hehehe... Habis2 tak tahan sangat balik umah kunci pintu bilik nagis bawah bantal...hahahah klasik habis....

Tuesday 11 October 2011

Apa nak buat bila orang suka kita....???

Apa nak buat bila ada orang kata saya suka awak...

Apa nak buat bila orang yang suka kita tu kita anggap kawan baik je....???

Apa nak buat bila orang yang suka kita tu kita pun suka dia.....???

Apa nak buat bila orang yang suka kita tu adalah menepati ciri-ciri pasangan idaman kita, tapi masih ada perasaan ragu-ragu untuk menerima dia???

Hurmmm.... ikut hati mati, ikut rasa binasa...
ikut otak memberontak..(perumpamaan baru aku buat)...sangat negative perumpamaan ni...
Aku tak ada jawapan untuk semua persoalan tu... Tuan punya badan la kena buat keputusan dan buat penilaian.... Pandai-pandai la bawak diri ya supaya tak terluka...cewah macam xpert ja....

Ini petikan dari Al-Quran untuk kita sama-sama renung dan fikir-fikirkan....
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

[Al-Baqarah:216 ]



Selamat Hari Jadi IBU......

6 oct adalah hari jadi insan yang paling aku sayang, Siti Fatimah Binti Soh... Ibu aku yang tercinta...cewahhh....''


Dia adalah satu-satunya insan yang paling menyayangi aku sejak saat pertama aku dilahirkan hingga aku dewasa dan menjadi insan yang sempurna seperti hari ini.... Dia tidak pernah jemu melayan kerenah kami anak-anaknya....

Apa yang best pasal ibu aku ni adalah dia seorang yang sangat sangat sangat dan tersangat penyabar orangnya.... Maksud aku walaupun ketujuh-tujuh orang anaknya ni berperangai macam-macam dia sabar ja handle kami semua...Dia cuba suaikan diri melayan kami mengikut perangai masing-masing... ada yang cepat merajuk, sensitif, cepat marah dan macam-macam la...dia cool ja handle kami... Sebab tu dia adalah yang terbaikkkk....

Ibu melengkapkan keluarga kami... Dia selalu meneutralkan keadaan... Dulu masa arwah ayah ada, ibu ni la yang selalu meneutralkan keadaan, Arwah ayah aku ni garang..Pantang salah sikit memang kena membebel sampai pedih telinga la.Nak pula ayah aku ni pakar bab bab ceramah orang ni..Nasib baik ada ibu tercinta...Dia la yang menenangkan keadaan bila aku kena marah dengan ayah...Ala isu aku selalu kena marah bukan pasal apa pun, sebab result exam yang tak memuaskan hati ayah..So bila tak capai target memang kena tahan telinga la dengar syarahan ayah... Hehe so aku akan mengadu kat ibu aku la bila kena marah... Then ibu akan nasihat suruh belajar sunguh-sunguh... Bila dengar nasihat dari ibu tenang la sikit hati walaupun sebelum tu memang hati ni berapi la sebab kena marah ngan ayah... hehehe bila ingat-ingat balik best gak kena marah ni..Ya la sebab cara ayah macam tu la aku jadi aku sekarang... Terima kasih ayah....


Apa yang best lagi pasal ibu aku, walaupun selepas SPM aku dah keluar dari rumah untuk further study, ibu tetap dekat dengan aku...Aku rasa sejak lebih tujuh tahun lepas aku keluar dari rumah dan tinggal jauh dari keluarga, ibu akan call aku hari-hari, paling lama dia tak call aku pun 3 ke 4 hari...Tu pun dah gelisah agaknya bila lama tak dengar suara dia... Sampai la aku dah kerja sekarang, she still do the same thing... I love u mum....

Banyak lagi la cerita-cerita best pasal ibu aku, walaupun dia adalah orang biasa-biasa ja, tapi dia adalah yang teristimewa dan yang terbaik bagi aku......
I will do anything to make u happy.... This is my promise and i mean it....


HAPPY BIRTHDAY MY LOVELY MUM....

Tuesday 20 September 2011

First Touch From me_ Modern Tradisional House

Entri kali ini nak bercerita pasal hasil projek pertama aku.. Rumah yang berkonsepkan moden tradisional ni aku design masa aku belajar masters kat USM, lebih kurang dua tahun lepas... Rumah ni adalah rumah kakak aku, dan aku diberi peluang untuk rekabentuk rumah ni... Kakak aku cerita kat aku konsep dan idea yang dia mahu terapkan dalam rekabentuk rumah dia, dan aku olah dan susun ruang-ruang mengikut kesesuaian tapak.

Walaupun hasil kerja aku hanya pada rekabentuk bangunan sahaja memandangkan masa tu aku sebuk dengan thesis, kelas dan assignment so aku tak sempat nak detailkan kemasan rumah ni.. Kakak aku uruskan sendiri hal berkaitan kemasan mengikut citarasa dia...Huhu memang high taste dan menarik kemasan yang dia pilih...Bersesuaian dengan konsep asal rekabentuk rumah ni... Insyallah aku akan menyumbang idea untuk rekabentuk landskap dan entrance gate nanti...

Apa yang mencabar masa rekabentuk rumah ni adalah keadaan tanahnya yang memanjang... Susunan ruang perlu dibuat dengan teratur supaya setiap ruang itu dapat berfungsi dan tidak membazir...

Berikut adalah informasi tentang rekabentuk
  • Luas keseluruhan tanah : 7323 sqft
  • Luas pelan lantai           : 1980 sqft
  • Ruang keluarga
  • Ruang tamu 1 & 2
  • 4 bilik tidur
  • 3 tandas
  • Setor
  • Dapur basah
  • Dapur Kering
  • Ruang letak mesin basuh
  • Dalam perancangan (Porch kereta, Pelantar kayu, dan landskap taman)
Pelan Lantai





Ini hasil rekabentuk rumah berkonsepkan moden tradisional yang telah siap dibina....
Terharu seyhhhh tengok rumah ni... x sangka akhirnya ada juga hasil kerja aku yang jadi realiti... Ini baru permulaan... Insyallah mudah mudahan banyak lagi hasil kerja aku yang akan lahir selepas ini... Bukan apa, aku terharu sebab aku ni pada nama adalah Landskap arkitek, tapi bila tengok rumah ni, rasa bersemangat dan yakin nak jadi arkitek semula....

Ini lakaran pelan landskap.. Baru initial idea..
Idea landskap modern tropical cuba diterapkan  pada rekabentuk landskap ni dimana cuba menggunakan jenis tumbuhan yang senang diselengara, menarik dan untuk disuaikan dengan konsep rekabentuk rumah yang berkonsepkan tradisional. Selain itu ada satu ruang taman dapur untuk tumbuhan-tumbuhan dapur juga disediakan...


Tuesday 13 September 2011

TAK LARAT NAIK MOTOR.....

Aku try bawak motor ke office, 2 hari ja aku bertahan sebab tak larat nak menyelit di celah-celah kereta masa jem kat bandar KL... Tambahan pula aku ni bukanya biasa naik motor jauh-jauh..Kalu kat Penang dulu aku bawak motor dalam USM ja... Masa kerja kat bangsar pulak just ambil masa kurang dari 10 minit dari rumah aku...Sekarang ni 30 minit terhidu asap, habuk buat aku letih dan rasa tak sihat...Faham-faham la udara kat KL ni tak bersih, aku ni pulak duk hidu direct dari ekzos kereta...memang biol la kepala....  

Rasanya aku memang tak akan bawak motor dah kot sebabnya naik train relax sikit...aku pun tak penat...Ni sejak aku bawak motor ke office, bila balik rumah memang tak boleh nak buat apa dah, kepala duk sakit-sakit then badan penat ja... huhu tak lasak langsung aku ni rupanya....

Nampaknya tak dapat juga aku nak bawak DEBUK tersayang ni...sory DEBUK...

Saturday 10 September 2011

D.E.B.U.K....

 DEBUK...tu nama yang kawan-kawan aku panggil kat motor aku... semperna plate number dia kot... anyway aku sayang kat DEBUK ni...banyak sentimental value pada dia...DEBUK mengingatkan aku pada arwah ayah...sebabnya penaja utama DEBUK adalah ayah..  Walaupun dah tiba masanya aku untuk pakai kereta, hati tetap berbelah bagi nak menduakan DEBUK... Sebab tu bila orang tanya bila nak beli kereta, aku cakap belum terdesak lagi nak pakai kereta, buat apa nak beli..baik simpan duit..Padahal kalau ikutkan hati memang tak sabar nak ada kereta sendiri...nak pulak aku ni kaki merayau...Suke buat lawatan tak rasmi kesana sini...So kereta memang dikira satu keperluan pada aku sebenarnya....

Kenapa aku sayang sangat DEBUK aku ni..??? Sebab tu motor kegemaran aku masa zaman belajar..pemberian ayah untuk aku..Dan yang penting aku tunggu lebih kurang dua tahun baru boleh dapat DEBUK...Walaupun kakak dan abang pernah cakap, daripada membazir beli Skuter baik beli kereta...Arwah ayah pun tak setuju sebab dia kata, stakat nak belajar, pakai motor biasa-biasa ja... Dengan harga DEBUK baik bayar muka kereta...Rumusan bagi alasan diaorang adalah bila dah kerja nanti bukan  aku nak pergi kerja pakai motor pun..nak nak aku ni...memang mereka sangat memahami perangai aku...dan itu realitinya...memang aku dah tak pakai DEBUK sekarang.... Pada aku, kalau tak dapat DEBUK baik tak payah beli langsung motor..Dan masa tu aku nak DEBUK, bukan kereta...Tapi syukur lastly aku dapat DEBUK..

Aku tak akan cari peganti DEBUK sampai aku dapat kereta yang akan ada sentimental value macam DEBUK...  Macam mana, apa kriterianya... tengok la nanti... masih dalam usaha untuk dapatkanya.. Tak kisah berapa lama aku perlu tunggu, yang penting penganti DEBUK mesti bernilai pada aku walaupun bagi orang lain benda tu biasa ja...Kalau aku boleh tunggu 2 tahun nak dapatkan DEBUK, x mustahil aku boleyh tunggu lebih lama untuk dapatkan kereta idaman aku... Tu peliknya aku ni, aku boleyh tolak benda depan mata untuk dapatkan benda yang betul-betul aku suka... Kadang-kadang perangai macam ni merugikan juga..Tapi bila sesuatu yang kita dapat tu adalah apa yang diidamkan, hasil usaha sendiri memang sangat puas hati....

Thursday 25 August 2011

Ramadhan aku tanpa ayah


“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya”.

Semoga aku tergolong dalam golongan anak yang soleh yang dapat mendoakan ayah di alam sana. Semoga roh ayah dicucuri rahmat, semoga ayah ditempatkan didalam golongan-golongan  yang soleh dan beriman. Aku rindu ayah....

Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan pertama tanpa ayah... Rasa sebak bila melihat kerusi tempat duduk ayah di meja makan. Terbayang-bayang lagi ayah duduk disitu sewaktu berbuka puasa dulu. Teringat telatah ayah menyusun sudu ke dalam pinggang lauk dan mengambil kuih muih letak ke dalam piring...  Semua itu masih segar dalam fikiran aku... 


(ni bukan meja makan kat rumah aku, sebab tak ada gambar meja makan kat rumah dalam simpanan, so aku letak ja gambar ni dulu)
 

Makanan kegemaran ayah semasa bulan puasa adalah Bubur lambuk yang mak masak... Ayah sangat suka kalau mak masak bubur lambuk, dia boleh makan bubur tu berulang kali, semasa berbuka, selepas balik terawih dan waktu sahur...  Setiap kali ramadhan mak akan masak bubur lambuk sekurang-kurangnya sekali... biasanya apabila kami 7 beradik balik berbuka puasa di rumah ayah dan mak... maklumlah kakak-kakak aku masing-masing dah ada rumah sendiri. Aku dan abang duduk jauh merantau. Sangat meriah bila semua berkumpul untuk berbuka puasa dan bertambah meriah lagi apabila menu utama adalah bubur lambuk... Tapi tahun ni mak belum masak sekali pun lagi bubur lambuk. Mungkin kerana ayah dah tak ada, tak ada permintaan nak makan bubur tu lagi, dan juga mungkin sebab kami 7 beradik masih belum sempat balik berkumpul untuk buka puasa sama-sama kat rumah mak...Kesian mak kan.... Dia sunyi ayah tak ada... 

 (ni bukan bubur lambuk yang mak aku masak, nanti bila dah ada gambar bubur yang original aku letak)


Mungkinkah tradisi makan bubur labuk semasa bulan puasa dalam keluarga kami ni akan hilang...???  Hari ni dah masuk Ramadhan ke 25. Tinggal beberapa hari ja lagi nak raya... Entah sempat ke tak kami nak makan bubur lambuk... Insyallah aku balik kampung esok, bila kami adik beradik semua berkumpul untuk buka puasa sama-sama, aku nak masak bubur lambuk... Mungkin boleh mengimbau saat-saat masa ayah ada dulu.... rindu ayah...

Wednesday 24 August 2011

Raya mooD

Ciiitt cittt cittt aku dengar bunyi burung kat tingkap bilik tidur aku, celik ja mata aku tengok jam, aduh~!!! da pukul 9.59 pagi daa... mati la aku lambat nak ke office.... cepat cepat aku p mandi dan bersiap...kelam kabut angkat kain yang aku sidai subuh tadi dari ampaian terus sidai dalam rumah...aku ni cerewet sikit pasal jaga baju kurung ni, bukan apa tak mau warna-warna baju kurung aku tu pudar terkena terik matahari tengahari nanti... tung tang tung tang pukul 11.30pagi baru aku sampai kat office... aduhai, makin nak raya makin lambat aku masuk office..kan aku da kata memang dilamun RAYA da aku ni...haha..

Nak tau punca aku lambat bangun, ni gara-gara aku tertidur awal malam tadi sebab penat sangat lepas balik dari berbuka puasa kat office client.. sampai umah pukul 10 malam..lepak jap terus tertidur lebih kurang pukul 11 malam... dalam pukul 1 aku tersedar, aku bangun basuh baju, kemas itu ini, test tudung raya yang aku baru beli kat Masjid Jamek petang tadi, tengok tv dan last-last housemate aku cakap nak makan makaroni goreng untuk sahur... aku pon dengan rajinya p la masak untuk semua orang dalam rumah tu... pukul 4.30am kejut diorang bangun sahur...lepas sahur kitaorang melepak depan tv sambil borak...sampai la aku baru masuk tidur... tu la punca kenapa aku bangun lambat...

Hari ni tengahari aku dengan kawan-kawan office p tukar duit raya, mula-mula p Public Bank, dapat tukar duit RM5 dengan RM10 ja...pastu kitaorang pun p la RHB bank sebelah public bank, duit raya dah habis pulak... so option terakhir kitaorang p pulak UOB bank...dapat la tukar duit RM1...so settle la urusan preparation duit raya.... next kitaorang pon p merayau kat Maju Junction plak...puas jalan-jalan baru kitaorang masuk office balik... memang mood raya betul la... hehehe perangai macam ni hanya berlaku sebab tinggal lagi 3 hari untuk aku bercuti raya...so mood nak buat kerja memang tak ada...nasib baik sekarang kerja tak banyak...so dapat la aku layan mood raya aku ni..nak nak office dekat ngn Masjid Jamek, Sogo, Maju junction...fuhhh syokkk gila la....hahaha.. semalam da merayau kat Jalan Masjid India, hari ni kat Maju Junction, errrmmm esok nak p Jalan ChoW Kitt plak la... SOGO da bosan da, hari2 lalu dalam tu...

JUMAAT ready to balik kampungggg!!! horeyyyy

Monday 22 August 2011

Masih dalam usaha untuk menulis...

Rasanya dah beberapa bulan aku buat blog ni..tapi masih x ada pengisian atas alasan kekangan masa... Haha macam sebok sangat aku ni kan sampai masa 24 jam yang dianugerahkan Tuhan boleh aku kata tak cukup... Ni pun aku curi-curi masa kat office untuk aku belek2 blog ni, hahaha baru dua topik ja aku tulis, da la guna background basic dari template ja...punya la tak ada masa nak menghias blog aku ni...tak apa, lepas ni aku nak cuba manage masa aku, so at least seminggu skali boleh la aku update blog aku ni... harapnya macamtu la kan... hahaha jangan ingat aku curi tulang pulak belek2 blog masa bekerja, ni dah  last week nak raya kan, so mood raya da takat hidung ni, otak da melayang kat kampung dah...hehehe jasad ja ada kat KL ni..otak aku da melayang kat KL gak tapi Kampung Lundang, Kelantan..hehehe

Mesti orang pelik kan, apa la keje aku ni busy sangat sampai tak ada masa... aku pon tak faham gak, busy macam boleh buat duit berjuta juta, tapi aku rasa hidup aku macam ni gak, tak jadi jutawan pun lagi...Insyallah suatu hari nanti kalau ada rezeki….bila masanya hanya Allah s.w.t yang tahu....

Aku sekarang bekerja sebagai Landskap Arkitek, urmmmmm nak kata itu cita-cita aku tak juga, benda ni excidently terjadi. diluar perancangan hidup aku dan sekarang dah menjadi sebahagian kerjaya dan hidup aku....kenapa dan macam mana kau boleh aku jadi seorang Landskap Arkitek nanti aku ceritakan dalam penulisan aku yang lain..

Sejak aku mula libatkan diri dalam bidang ni memang la hidup aku boleh dikatakan agak busy... masa zaman belajar lebih kurang 6 tahun 6 bulan lepas aku busy nak siapkan projek studio la, assignment la... sampai waktu tidur dan waktu berjaga jadi tunggang terbalik...Sampai dekat USM tu orang panggil student Architecture ni hantu balik pagi...ye la siang kitaorang tidur, malam sampai pagi baru nak buat kerja...dan bila aku tamat belajar lebih kurang 1 tahun 3 bulan yang lepas.. aku tak sempat pun nak berehat... aku bekerja bekerja dan bekerja... keluar pagi balik petang (kalau bernasib baik la)..selalunya balik malam.. Syukur dua tiga bulan ni aku dah kurang sebok, boleh balik awal ke rumah dan dalam bulan Ramadhan ni aku balik pukul 5 petang... sempat la aku nak improve skill memasak aku dengan masak sendiri juadah berbuka puasa.. walaupun simple aku rasa masakan aku lagi best kot dari yang jual kat bazaar tu...ye la air tangan sendiri..tak sedap pon  nak cakap sedap juga..hehehe...

Okey la, ini sedikit sebanyak pasal aku... Insyalah aku akan manage masa aku supaya aku boleh selalu update blog aku ni supaya ia tak dipenuhi dengan semak samun sebab lama terbengkalai... Ni kira proses nak panaskan engine la ni...

Banyak yang aku nak kongsi dan tulis disini... Sebab setiap titik permulaan mesti ada titik akhirnya... Ini masih lagi dikira sebagai permulaan kepada sebuah kehidupan...

Thursday 26 May 2011

Titik Keseimbangan Dalam Kehidupan

Ini adalah titik permulaan blog aku..titik dimana aku akan menceritakan semua yang berlaku di sekitar aku... Saja ja aku buka blog ni, nak isi masa lapang dan untuk berkongsi cerita dengan korang…

Kenapa aku pilih “T.I.T.I.K”  sebagai tajuk blog aku, sebabnya Orang mengatakan bahawa hidup ibarat roda. Kadang di atas, kadang di bawah. Terkadang kita berada di posisi zenith dimana kita rasa kitalah orang paling bertuah dalam dunia ni. Namun kadang kita berada di titik nadir. Ketika kita berada di titik ini, kadang kala kita merasa sebagai orang yang paling susah dan paling menderita di titik yang paling bawah. Walau dimana kita berada, apa jua keadaan sekali pun, kita jangan lupa bersyukur dan memohon petunjuk daripada yang Esa…

Secara saintifiknya, titik menggambarkan objek yang spesifik di dalam satu ruang yang tidak melibatkan isipadu, luas, panjang, atau analog-analog lainnya pada dimensi yang lebih tinggi. Dengan kata lain titik adalah objek tanpa dimensi…Dalam konteks rekabentuk pula, daripada titik barulah kita dapat hasilkan satu garisan, bila digabungkan garisan tersebut maka terhasil satu bentuk...maka terhasilah satu rekabentuk... menarik atau tidak rekabentuk tersebut bergantung kepada bagaimana titik permulaanya....

Dengan kata lain titik adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan…mesti ada ada titik permulaan dan ada titik pengakhiranya….