Ramai orang kata diri ni suke berfikir banyak sebelum bertindak...Apa kesan positif dan negatif bila buat itu ini...Baik ke buruk hasilnya...Last-last suatu tindakan jadi terlalu rigid dan skema.. Ok, pada diri ni, baik fikir banyak dan bertindak daripada cakap banyak tapi tak buat apa2...hehehehe.... Apa pun banyak kesan negatif sebenarnya bila terlalu banyak berfikir dan apabila fikiran mengatasi hati dan perasaan ni... So sekali sekala kena bertindak ikut perasaan dan hati juga, sebab hati dan perasaan tak pernah menipu... Sebab bila terlalu banyak berfikir untuk bertindak ni, boleh menimbulkan tekanan dan boleh menimbulkan ketidak puasan pada hati dan diri sendiri selepas suatu tindakan walaupun apa yang dilakukan itu positif hasilnya...Puncanya sebab hati dan perasaan diketepikan dan tidak terlibat sama dalam suatu keputusan...So apa yang diri ni patut buat adalah seimbangkan antara fikiran, hati dan perasaan...Okeyh...
2. Lambat Marah dan terlebih sabar
3. Sensitif
Perasaan sensitif tu perkara normal bagi manusia terutamanya yang bergelar perempuan la kan... Sama la dengan diri ni.. Sangat lah sensitif, simple thing can touch my heart ok..Benda yang paling diri ni sensitif adalah bila orang meninggi suara...Opah pantang betul orang tinggi-tinggi suara... Rasa nak nagis ja...hahaha x malu da tua bangka nak nangis-nangis lagi... Kadang-kadang orang tak marah pun, tapi nada suara dan mimik muka tu nampak masam mencuka da buat diri ni cuak dan terasa macam dimarah... So, langkah mengatasi perasaan yang amat sensitif ni adalah buat-buat tak ada hati dan perasaan... Buat-buat tak faham apa orang kata dan kononya tak terlibat sama dengan situasi yang berlaku... Kira heartless dan buat-buat bodoh ja la... Tapi lama2 jadi bebal gak la kalau diamalkan selalu..hehehe... Habis2 tak tahan sangat balik umah kunci pintu bilik nagis bawah bantal...hahahah klasik habis....




2 comments:
perempuan mmg sensitif ..:P
Ya betul, perempuan memang sangat sensitif.... Hehehe normal la tu kan....
Post a Comment